CELCOM Axiata Berhad menandatangani perjanjian dengan syarikat perkhidmatan bas ekspres terkemuka di negara ini, Transnasional Express bagi menyediakan liputan servis bas WiFi di dalam bas ekspres yang terbabit di seluruh Semenanjung Malaysia.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] bas wifi

Kerjasama itu adalah antara Alur Aki Sdn Bhd, penyepadu sistem serta perkakasan untuk Transnasional Express dengan Celcom Axiata yang akan menjadi rakan kongsi eksklusif untuk perkhidmatan rangkaian, pengurusan dan kandungan digital untuk projek terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, liputan luar biasa Celcom di seluruh negara dan rangkaian yang lebih laju memberi kelebihan kepada pengguna.

“Kami berasa bangga untuk bekerjasama dengan Alur Aki bagi menyediakan penyelesaian WiFi yang menunjukkan prestasi jaringan serta kepimpinan dalam M2M (mesin ke mesin) dalam segmen perniagaan.

Bas Wifi dilengkapi komputer tablet

“Melalui rangkaian bas ekspres terbabit ia menyediakan sambungan yang luas di seluruh lebuh raya dan jalan raya di Malaysia, malah di bawah projek ini juga sebanyak 33 dan 41 tempat duduk bas ekspres Transnasional akan dilengkapi 12 tablet bagi setiap bas, manakala 69 tempat duduk bas Transnasional Skyview akan dipasang 20 tablet,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bilangan tablet akan meningkat kepada 21,600 unit dan bagi tablet sewa pula akan disediakan di lebih 200 laluan bas secara berperingkat mulai Julai ini dengan harga RM10 bagi setiap penumpang.

“Namun, bagi harga promosi sempena pelancaran ini penumpang hanya dikenakan bayaran RM4 dan fasa pertama juga akan dilaksanakan di laluan ke bandar utama di selatan negara,” katanya.

Hadir sama pada majlis menandatangani perjanjian berkenaan adalah Pengerusi dan Pengarah Urusan Konsortium Transnasional Berhad, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengarah Eksekutifnya, Tengku Hasmadi Tengku Hashim dan Pengarah Alur Aki, Nazaruddin Hamzah dan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azhar Abu Kassim.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *