KUALA LUMPUR – Celcom Axiata Berhad, pembekal telekomunikasi mudah alih pertama mengumumkan mulai hari ini akan menawarkan pelbagai pelan data yang menarik untuk iPad baru bagi membolehkan pelanggan menyambung rangkaian HSPA supaya kelajuan sehingga 7.2Mbps boleh dicapai.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] ipad baru

Dalam satu kenyataan media hari ini, Celcom berkata, iPad generasi ketiga ialah kategori peranti mudah alih yang mempunyai paparan Retina baru yang lebih cantik, cip baru Apple A5X dengan quad-teras grafik, iSight kamera 5 megapiksel dengan optik lebih jelas untuk menangkap gambar dan video HD 1080p.

Dalam pada itu, baterinya juga mampu bertahan selama 10 jam di samping fizikalnya yang nipis dan ringan.

Celcom turut menjamin perkhidmatan rangkaian yang pantas di seluruh dunia apabila mereka melancong dengan aplikasi iPada ini dan membolehkan penggunanya merencana urusan dengan lebih baik. -sinarharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *