CELCOM Axiata Bhd (Celcom), penyedia telekomunikasi mudah alih terkemuka di negara ini yakin untuk mencapai pertumbuhan jumlah pelanggan jalur lebarnya kepada sejuta orang sebelum akhir tahun ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] Celcom portawifi device

Ketua Operasi Data Dimajukan Celcom, Afizulazha Abdullah berkata, Celcom juga sekali lagi menjadi syarikat telekomunikasi pertama di negara ini yang memperkenalkan kemudahan sambungan WiFi mudah alih, PortaWiFi.

Pelanggan Jalur Lebar Celcom

Katanya, pada masa ini Celcom sudah pun mempunyai 957,000 pelanggan bagi segmen jalur lebarnya di seluruh Malaysia dan optimis dapat mencapai sejuta pelanggan seperti yang disasarkan.

“Kami percaya jumlah itu dapat dicapai memandangkan semua pihak bekerja keras untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Malaysia, selain disokong dengan pengenalan PortaWiFi yang mempunyai liputan lebih pantas di mana saja pengguna berada,” katanya pada sidang media selepas melancarkan PortaWiFi di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, Celcom turut mendapat kerjasama dari syarikat PT Huawei Tech Invesment. PortaWiFi juga sangat mudah digunakan dan mampu menjadi alat hotspot WiFi mudah alih peribadi pelanggan.

Afizulazha berkata, pengguna PortaWiFi juga boleh berkongsi dan menikmati akses yang lancar dan pantas pada bila-bila masa di seluruh jaringan mudah alih Celcom seluruh negara dengan kelajuan data lebih 21Mbps.

PortaWifi kongsi internet

Beliau berkata, PortaWiFi membolehkan pengguna untuk berkongsi kelebihan sambungan segera di Wilayah Celcom dengan lima peranti lain digunakan rakan atau keluarga.

“Pihak kami juga yakin PortaWiFi akan mendapat sambutan yang luar biasa kerana ia mampu menjadi hotspot jalur lebar mudah alih di mana-mana saja dengan rangkaian cemerlang di seluruh wilayah Celcom. “PortaWiFi didatangkan dengan pakej pelan sebulan Celcom Broadband Basic (RM68), Celcom Broadband Advanced (RM98), Celcom Broadband Pro (RM138) dan boleh didapati di semua cawangan Celcom BlueCube seluruh negara,” katanya. -hmetro

admin
admin

2 Comments

  1. PortaWiFi Celcom di kopitiam - ejoeSolutions
    27/09/2012

    […] Seri Shazalli Ramly berkata, menerusi kemudahan itu, pengusaha kopitiam akan dibekalkan dengan peranti mobiliti PortaWiFi untuk sokongan capaian data Wi-Fi Hotpot berkelajuan sehingga […]

  2. johari bin mazlan
    25/09/2021

    product ini masih ada lagi celcom portal wifi

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *