CELCOM Axiata Bhd (Celcom) menyasarkan peningkatan 40 peratus pelanggan segmen peranti pintarnya kepada lebih dua juta pengguna tahun depan disumbang oleh pelbagai pelancaran produk terbaru bagi segmen itu di pasaran sekarang.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] celcom galaxy tab 10.1

 

Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, ia adalah peningkatan sekali ganda berbanding jumlah sedia ada iaitu 15 hingga 20 peratus dengan jumlah pelanggan sedia ada iaitu 1.8 juta pengguna.

Pakej Harga Galaxy Tab 10.1

“Kami melihat peningkatan yang luas dalam pasaran telefon pintar kerana ia kini mampu dimiliki dengan harga serendah RM800. Bagi model Samsung Galaxy Tab 10.1 yang dilancarkan ini, kami yakin jualannya mampu mencecah 20,000 unit tahun ini,” katanya pada majlis pelancaran produk itu di Menara Celcom, semalam.

Mengulas mengenai isu cukai perkhidmatan kepada pelanggan mudah alih prabayar, Zalman berkata, Celcom Axiata sedang berbincang dengan pemain industri sama ada akan menurunkan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pelanggannya itu memandangkan buat masa ini syarikat telekomunikasi menyerap cukai terbabit. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *