CELCOM Axiata Bhd (Celcom) yakin untuk menyiapkan pembinaan 1,200 tapak bagi perkhidmatan evolusi jangka panjang atau lebih dikenali sebagai Celcom 4G LTE di seluruh negara menjelang Februari tahun depan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] celcom 4g lte

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, Celcom memperuntukkan hampir RM1 bilion untuk perbelanjaan modal tahun ini dalam usahanya untuk terus mengukuhkan lagi operasi syarikat. Menurutnya, daripada jumlah tersebut, RM420 juta akan digunakan untuk menaik taraf rangkaian LTE termasuk pembinaan 1,200 tapak tersebut.

“Sebanyak 315 tapak akan siap dibina menjelang suku ketiga tahun ini, dan terdapat beberapa tapak telah pun siap dibina dan beroperasi setakat ini. Selain pembinaan tapak 4G LTE di kawasan Semenanjung, 120 tapak juga akan dibina di Sarawak.

Celcom 4G LTE diperluas

“Dalam pada itu, Celcom juga telah memperuntukkan lebih RM400 juta bagi tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang untuk menaik taraf dan perluasan rangkaian bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kami di seluruh negara,” katanya pada sidang video pengumuman keputusan suku pertama 2013 yang disiarkan secara langsung dari Kuching, Sarawak ke Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Celcom mencatatkan peningkatan 7.7 peratus kepada RM549 juta bagi keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti sekali gus menjadikannya keuntungan suku tertinggi pernah dicatatkan dalam industri.

Pendapatan suku pertama tahun ini turut meningkat 0.2 peratus kepada RM1.979 bilion berbanding RM1.975 bilion pada suku sebelumnya. Celcom juga kini melepasi 13 juta pengguna, dan mempunyai lebih tiga juta pengguna telefon pintar yang menggunakan rangkaian Celcom, iaitu kenaikan 26 peratus sejak tahun lalu. -sinarharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *