Syarikat milik Bumiputera, Food Loves Industries menerusi jenama Biskut Raya.my merancang untuk memasuki pasar raya besar seperti Mydin dan Tesco menjelang awal tahun depan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] laman web biskut raya.my

Pengasas dan pemilik Food Loves Industries, Norazlina Kamaludin, 32, berkata, sehingga kini, produknya sudah berada di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak menerusi ejen.

“Produk kami juga berada di kedai-kedai runcit sekitar Nilai dan pasar raya B5 di Pahang. “Setakat ini, kami mempunyai lebih 60 ejen aktif dan menyasarkan untuk menambah lebih banyak lagi ejen pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Food Loves Industries bukan sahaja menjalankan perniagaan biskut raya itu ketika musim perayaan, namun turut menerima tempahan biskut raya untuk dijadikan hamper.

Katanya, Biskut Raya.my adalah biskut yang dibuat menggunakan tangan dan mempunyai 20 jenis antaranya tat nanas, tat blueberi, tat snow almond dan semperit.

Food Loves Industries turut menjalankan perniagaan dengan menjual makanan sejuk beku seperti karipap, popia dan samosa dan bakal memperkenalkan produk terbaru selepas raya nanti.

Norazlina berkata, pasaran sasaran untuk produk baru itu nanti adalah di kafeteria, hotel dan kopitiam.Katanya, dengan pengenalan produk baru itu, Food Loves Industries dijangka dapat menggandakan jualan. -sinarharian

Laman Web Biskut Raya.my

Sila kunjungi laman web Biskut Raya.my di alamat www.biskutraya.my atau di Facebook Biskut Raya.my https://www.facebook.com/biskutrayadotmy

admin
admin

Would you like to share your thoughts?