Johor Bahru: Kerajaan Johor akan membina lebih banyak inkubator atau lot perniagaan dalam usaha meningkatkan sosioekonomi Bumiputera selain menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi bidang keusahawanan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] usahawan bumiputera

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini beberapa kawasan dikenal pasti untuk tujuan pembinaan inkubator itu, antaranya Tampoi dan Pasir Gudang dengan setiap satu mampu menempatkan 40 lot perniagaan.

“Dengan adanya program inkubator ini, usahawan Bumiputera terutama golongan muda, boleh berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan.

“Ia satu alternatif untuk memudahkan usahawan Bumiputera terutama golongan muda, memandangkan kini sewa mahupun kos memulakan perniagaan di bandar besar seperti Wilayah Iskandar, memerlukan modal besar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Inkubator Usahawan Islam Johor di Bangunan Perbadanan Islam Johor di Kebun Teh di sini semalam. Turut hadir, Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ) Burhan Amin.

Mohamed Khaled berkata, inkubator PIJ itu selaras hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera dan dengan sewa yang murah selama dua tahun, mampu menarik mereka yang baru berjinak dalam bidang perniagaan untuk menggunakan kemudahan itu. – BERNAMA

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *