Satu Sesi Tutorial/Bengkel Web 2.0 akan diadakan pada 21hb Ogos, 2010 (Sabtu) di Kota Bahru. Sesi tutorial ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang kaedah Aplikasi Web 2.0. Diantara objektif-objektif sesi tersebut ialah:
[adsenseyu6] |
• Untuk meningkatkan pemahaman and pelaksanaan aplikasi Web 2.0.
• Untuk membawa perspektif baru dalam penggunaan teknologi “Web 2.0” dan “media sosial”.
• Untuk memahami and memanfaatkan “crowd sourcing” dan inovasi terbuka (open innovation).
Tarikh : 21 Ogos 2010
Masa : 9:30 pagi – 3:00 petang
Tempat : Pusat Latihan UBTC, Jalan Maju, Bangunan MARA, Kota Bahru
Mengenai Sesi Tutorial/ Bengkel
• Asas Rekabentuk dan Pembangunan Laman Web (Basic Web Design)
Pengenalan mengenai pembangunan aplikasi laman web, teknologi masa kini dan masa depan. Meliputi CSS, HTML dan javascript dan rangka kerja masing-masing
a) Teknologi Browser dan pelayar keserasian silang “cross browser compatibility”.
b) CSS, CSS3 dan Rangka kerja bagi CSS.
c) HTML dan HTML 5
d) Javascript dan rangka kerja javascript
e) Kenapa flash tidak lagi diperlukan
f) Kesimpulan
• Media Sosial – Facebook, Twitter
Twitter dan Facebook adalah “trend” terkini untuk rangkaian sosial. Fungsinya tidak hanya untuk aktiviti sosial tetapi ianya juga boleh digunakan untuk kegiatan pemasaran dan pembangunan perniagaan
a) Facebook – Bagaimana Facebook mempengaruhi perniagaan anda
b) Twitter – Cara kerjanya dan penggunaan
c) Blogging dan integrasi dengan Facebook dan Twitter
d) Laman web lain yang anda perlu tahu
e) Kesimpulan
Sesi ini adalah PERCUMA – daftar sekarang! Kepada para peserta yang mempunyai komputer riba (laptop) kami sarankan untuk membawanya bersama semasa program ini. Sila daftar sebelum 18hb Ogos, 2010 (Rabu).
Sebarang pertanyaan, hubungi:
Cik Hawa Annis – hawa@mdec.com.my Tel: +603-8315 3428 / +016 222 7597
En. Izam Nawi Ghazali – izam@mdec.com.my Tel: +603 8315 3079 / +013 250 7704
Siapakah yang patut mengikuti Bengkel Web 2.0
· Usahawan Kecil dan Sederhana (dalam ICT)
· Usahawan Tekno
· Kumpulan profesional (dalam ICT)
· Pegawai Kerajaan
· Para Pelajar Universiti
· Para Penyelidik
Agenda
Sesi pagi
9:00 pg – 10:30 pg Rekabentuk & Pembangunan Laman Web (Web Design) Bahagian 1
10:30 pg – 11:00 pg Rehat
11:00 pg – 1:00 ptg Rekabentuk & Pembangunan Laman Web (Web Design) Bahagian 2
1:00ptg – 2:00 ptg Rehat / Solat
Sesi Petang
2:00ptg – 3:30ptg Rangkaian Sosial (Social Media) – Cara Memaksimumkan Penggunaan Twitter & Facebook
3:30ptg – 4.30ptg Coaching / Sesi Konsultasi
Notis: Pihak penganjur berhak membuat sebarang perubahan dirasakan perlu untuk Sesi Tutorial ini.
Jangan lepaskan peluang ini. Silalah datang beramai-ramai.