PERKEMBANGAN industri e-dagang hari ini membantu melahirkan lebih banyak usahawan yang boleh mendapatkan barangan dengan lebih mudah dari pembekal di luar negara, terutama China.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] dinobuy

Dengan eksport China semakin meningkat ke seluruh dunia, perdagangan dalam talian atau dikenali sebagai e-dagang terus menggalakkan pertumbuhan bagi barangan pengguna dari negara ekonomi besar itu.

Barang Borong

Hasilnya, lebih banyak platform membeli-belah dalam talian secara borong diwujudkan, seperti laman terbaru Dinobuy yang menumpukan kepada perkhidmatan borong dalam talian secara besar-besaran di luar negara.

Menurut syarikat itu, perkhidmatan e-dagang yang disediakannya menyasarkan peruncit kecil yang menghadapi kesukaran dalam mencari sebuah platform untuk keperluan borong secara besar-besaran.

“Proses borong secara tradisional terlalu rumit kerana kos perdagangan terlalu tinggi dan tambang bagi penghantaran muatan terlalu mahal.

“Selain itu, borong secara tradisional  juga menghadapi masalah seperti kecacatan kualiti pembelian dan jaminan keselamatan yang terhad. Jadi Dinobuy direka khusus untuk menyelesaikan masalah borong dalam talian secara setempat,” menurut syarikat itu.

Syarikat itu kini memiliki lima gudang, setiap satu berkeluasan lebih 10,000 meter persegi dengan tiga daripadanya terletak di China, satu di Amerika Syarikat dan satu lagi di Australia.

Dinobuy, yang dimiliki DinoDirect.com, iaitu gudang dalam talian terkemuka di China dengan pelanggan dari lebih 200 buah negara kini menyasarkan pasaran India, kawasan rantau Asia Tenggara, Afrika Selatan.

Syarikat itu kini bekerjasama dengan beberapa pengeluar, pemborong dan peruncit China untuk menyediakan lebih daripada 30 juta produk daripada pakaian kepada telefon bimbit dan peralatan rumah.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?