JOHOR BAHRU: Seorang bekas banduan yang dipenjarakan kerana mencuri kenderaan beberapa tahun lalu, kini dipercayai mengubah taktik menjadikan laman web sebagai lubuk mencari mangsa dengan menyamar sebagai ejen jual beli saham serta pengedar alat tulis sejak setahun lalu.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] penipuan internet

Bekas banduan dikenali sebagai Badrulhisyam, berusia lewat 30-an berasal dari Perlis, dikatakan turut menubuhkan syarikat menjual alat tulis bagi meyakinkan mangsa dan apabila dikesan menipu, dia ‘menukar kerjaya’ dengan menyamar sebagai orang tengah membeli saham pasaran hadapan.

Apabila namanya hangat diperkatakan di Internet, Badrulhisyam menutup perniagaannya dan menghilangkan diri tetapi selepas itu menubuhkan syarikat lain memperdaya mangsa seterusnya.

Jurucakap polis yang dihubungi berkata, lelaki itu kini dalam senarai dikehendaki polis kerana terbabit beberapa kes jenayah tetapi enggan mendedahkannya.

“Lelaki itu pernah dipenjarakan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan beberapa tahun lalu.

“Kertas siasatan masih dibuka berkaitan kes dia didakwa menipu mangsa dalam urusan pembelian kertas A4. Kami pernah ke alamat syarikatnya di Perlis namun gagal menemuinya,” katanya.

Jurucakap itu meminta orang ramai berhati-hati bagi mengelak daripada menjadi mangsa lelaki terbabit.

Sementara itu, Noor Zakiah Sarmany, 30, yang mendakwa menjadi mangsa lelaki itu berkata dia mengenali Badrulhisyam menerusi portal perbincangan perniagaan, carigold.com pada Ogos 2009. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *