KOTA BHARU 20 Sept. – Seramai 193 peniaga kecil di sini, menerima pelbagai bentuk bantuan dianggarkan bernilai hampir RM1 juta di bawah program Azam Niaga.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] azam niaga

Pengerusi Persatuan Kebajikan Wanita Kota Bharu (PKWKB), Madihah Ab. Aziz berkata, bantuan tersebut diperuntukkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui PKWKB bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi kumpulan sasaran.

“Keseluruhan penerima dipilih berdasarkan senarai E-kasih, setelah melalui beberapa proses tertentu bagi mengenal pasti mereka yang layak.

Pengagihan Bantuan Azam Niaga

“Kita harap penerima memanfaatkan sepenuhnya bantuan ini untuk menambah pendapatan masing-masing,” katanya ketika ditemui dalam majlis Pengagihan Bantuan Azam Niaga di sini hari ini.

Dalam majlis itu, sebanyak 20 jenis bantuan berbentuk barangan bernilai antara RM4,000 hingga RM5,000 setiap satu diagihkan mengikut bidang perniagaan masing-masing termasuk mesin jahit, mesin rumput dan gunting rambut.

Menurut Madihah, usaha itu bertujuan meningkatkan taraf ekonomi kumpulan terbabit supaya dapat bebas daripada kelompok miskin tegar yang dilihat masih serius ketika ini. Katanya, setiap bantuan akan dipantau jawatankuasa khas bagi memastikan sumbangan tersebut tidak disalah guna.

Dalam pada itu, Madihah memberitahu, PKWKB akan menyusun beberapa aktiviti berkaitan bagi membimbing peniaga kecil memajukan aktiviti perniagaan masing-masing.

“Kita akan lihat kepada keperluan sama ada dengan cara menghantar kursus atau mengikuti bengkel berkaitan supaya mereka lebih terdedah dengan ilmu-ilmu dan pengetahuan mengikut bidang masing-masing. Untuk itu, kita akan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Kelantan,” katanya. -utusan

admin
admin

1 Comment

  1. Asfalina ideris
    25/02/2022

    Saya nak cuba mohon bantuan untuk meniaga ,nak tanye macam mana ye

Would you like to share your thoughts?