NEW YORK – Gergasi teknologi maklumat dan komunikasi, Apple semalam mengumunkan akan mengurangkan harga Macbook Pro 13 inci dengan Paparan Retina dan mengemas kini produk itu menggunakan pemprosesan terkini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] macbook pro retina display

Model bagi 15 inci produk yang sama juga akan disertakan dengan ciri-ciri yang lebih baik tetapi harganya tetap sama. Model Macbook Pro 13 inci kini bermula pada harga AS$1,499 (RM4,600) untuk 128GB manakala AS$1,699 (RM5,200) untuk 256GB.

Jika anda mahukan produk yang lebih baik, anda mempunyai pilihan lain iaitu Macbook Pro 15 inci dengan pemprosesan sebanyak 16GB dijual dengan harga AS$2,700 (RM8,300), kata laporan Mashable dipetik CNN.

Harga lebih murah untuk Macbook Pro 13 Retina Display

Harga baru dan ciri-ciri yang lebih baik ini boleh didapati di semua rangkai kedai Apple atau boleh juga dibeli atas talian. Penurunan harga ini dipercayai akan melibatkan seluruh dunia.

Laporan itu juga menimbulkan persoalan sama ada potongan harga ini membuatkan pembeli tertarik untuk memiliki Macbook dalam beberapa minggu akan datang. Terpulang kepada pembeli untuk membuat pilihan, kata laporan itu.

Apple Store Kelantan

Kepada mereka yang berada di Kelantan boleh mendapatkan Macbook Pro 13 Retina Display dengan harga baru di ITWorld KB Mall atau di Switch KBTC.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?