CUPERTINO (California): Apple semalam mengumumkan, iPad barunya produk kategori generasi ketiga dalam kategorinya akan mula dipasarkan di Malaysia serta 11 negara lain, lusa.
[adsenseyu6] |
Produk terbaru itu dilengkapi paparan Retina yang mengagumkan, selain cip A5X baru Apple dengan grafik quad-core serta kamera iSight berkeupayaan 5 megapiksel. Ia juga mempunyai optik maju untuk merakamkan gambar dengan lebih hebat serta video HD 1080p. Selain kekal nipis dan ringan, iPad terbaru itu juga dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 10 jam.
Selain Korea Selatan, iPad baru itu juga mula dijual di Brunei, Croatia, Cyprus, Republik Dominica, El Salvador, Guatemala, Malaysia, Panama, St Maarten, Uruguay dan Venezuela mulai Jumaat ini. Untuk pelanggan di Colombia, Estonia, India, Israel, Latvia, Lithuania, Montenegro, Afrika Selatan dan Thailand pula, mereka berpeluang membelinya mulai 27 April.
Model & Harga iPad baru
iPad model wi-fi dihasilkan dengan dua warna – hitam atau putih – dengan harga runcit AS$499 (RM 1,523) untuk model 16GB, AS$599 (RM1,828) untuk model 32GB dan AS$699 (RM2,133) untuk model 64GB. Untuk iPad yang dilengkapi kemudahan wi-fi dan 4G, harga runcit yang disarankan Apple ialah AS$629 (RM1,927) bagi model 16GB, AS$729 (RM2,235) untuk model 32GB dan AS$829 (RM2,542) untuk model 64GB model.
Ia boleh dibeli di kedai dalam talian Apple (www.apple.com) dan semua pengedar bertauliah syarikat itu di negara berkenaan. – TS
iPad baru di Kelantan
Di Kelantan, iPad baru boleh didapati di ITWorld KB Mall bermula pada jumaat, 20 april 2012. ITWORLD adalah satu-satunya Apple Authorized Resellers yang membawa masuk produk-produk Apple ke Kelantan seperti iPad, iMac, iPhone dan sebagainya
Celcom tawar pelan iPad baru - ejoeSolutions
18/04/2012[…] alih pertama mengumumkan mulai hari ini akan menawarkan pelbagai pelan data yang menarik untuk iPad baru bagi membolehkan pelanggan menyambung rangkaian HSPA supaya kelajuan sehingga 7.2Mbps boleh […]