JUALAN telefon pintar di seluruh dunia melonjak kepada 472 juta unit tahun lalu dengan telefon pintar Apple iPhone menduduki tempat pertama, berikutan kegilaan orang ramai terhadap peranti berkenaan di peringkat global.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] iphone

Syarikat penyelidikan dan penasihat teknologi maklumat, Gartner Inc berkata, jumlah jualan telefon pintar tahun lalu menguasai 31 peratus daripada keseluruhan jualan peranti mudah alih, meningkat 58 peratus daripada 2010. Katanya, jualan telefon pintar melonjak kepada 149 juta unit pada suku keempat 2011 dan ini adalah peningkatan 47.3 peratus daripada suku keempat 2010 dan peningkatan jumlah jualan telefon pintar dalam suku berkenaan disebabkan jualan iPhone yang mencatatkan rekod.

Apple iPhone

“Apple menjadi vendor telefon mudah alih ketiga terbesar di dunia, sekali gus memintas LG dan sebagai vendor telefon pintar terunggul, Apple menguasai 23.8 peratus agihan pasaran dalam suku keempat 2011 serta vendor telefon pintar terunggul bagi 2011 secara keseluruhannya dengan agihan pasaran sebanyak 19 peratus,” katanya.

Penganalisis penyelidikan utama Gartner, Roberta Cozza berkata, Eropah Barat dan Amerika Utara menerajui sebahagian besar pertumbuhan telefon pintar bagi Apple dalam suku keempat 2011. “Di Eropah Barat kenaikan jualan iPhone dalam suku keempat menyelamatkan keseluruhan pasaran telefon pintar selepas mengalami jualan lembap dalam dua suku berturut-turut.

“Suku keempat menyaksikan Samsung dan Apple memperkukuh kedudukan masing-masing selanjutnya di tempat teratas dalam pasaran kerana jenama serta produk baru masing-masing jelas menonjol,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur. -hmetro

admin
admin

1 Comment

  1. Polis tahan 2 suspek kes rompakan melalui iPhone - ejoeSolutions
    30/04/2012

    […] kes rompakan bersenjata menahan dua suspek menggunakan aplikasi “Cari Telefon Saya’ di iPhone milik mangsa untuk mengesan lokasi alat itu, kata jurucakap polis, […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *