Cupertino: Apple tampil dengan dua model baru, iPhone 5S dan iPhone 5C untuk memenuhi kehendak kedua-dua pasaran telefon pintar dengan dilengkapi keupayaan yang tinggi dan bajet.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] iphone-5c-murah

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook berkata, arena perniagaan kini semakin besar yang mana iPhone 5 akan digantikan dengan dua model baru.

“Apple akan mula mengambil tempahan pada Jumaat ini dan ia akan berada di pasaran Amerika Syarikat, Australia, Britain, China, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura mulai 20 September,” katanya.

Anggaran Harga iPhone 5C

Menurut pereka bentuk Apple Jony Ive, di samping harga murah pada model iPhone 5C, ia juga adalah peranti yang cantik dengan kerangka keluli dan polikarbonat. iPhone 5C dengan kapasiti setoran sebesar 16 gigabait dijual pada harga RM1,756.8 (anggaran).

Sementara iPhone 5S memiliki ciri mengesan cap jari untuk tujuan keselamatan dijual pada harga anggaran lebih RM2000. Selain dengan cip pemproses yang lebih pantas iaitu dua kali lebih laju kuasa grafik dan 40 kali lebih laju kuasa perkomputeran, iPhone 5S menambahbaik jangka hayat bateri kepada lebih 10 jam masa bercakap dan 40 jam masa mendengar lagu. – AFP

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *