NEW YORK – Apple telah mencatatkan rekod jualan sebanyak sembilan juta unit iPhone dalam tempoh tiga hari pelancaran dua versi terbaharu telefon pintar itu.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] jualan iphone

“Ini merupakan pelancaran iPhone yang paling baik kerana lebih daripada sembilan juta telefon pintar baharu telah dijual daripada jualan minggu pertama ini,” kata Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook dalam satu kenyataan di sini.

Cook berkata, permintaan untuk iPhone baharu itu memang menakjubkan walaupun bekalan awal iPhone 5s telah habis dijual namun pihak penjual terus menerima penghantaran iPhone baharu secara berkala.

“Kami menghargai kesabaran para pengguna dan bekerja keras untuk mengeluarkan iPhone yang mencukupi untuk kegunaan semua pihak,” ujarnya lagi.

Apple telah memulakan jualan untuk iPhone 5s yang canggih dan model 5C yang lebih murah di seluruh dunia sejak Jumaat lalu dan jualan tersebut telah menarik minat para pengguna, dari Australia ke Tokyo dan Paris ke New York.

Telefon pintar tersebut turut dijual di Amerika Syarikat, Britain, Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Puerto Rico dan Singapura.

Tambah Apple, lebih 200 juta telefon pintar dan tablet jenama itu kini menggunakan sistem operasi iOS 7 dan menjadikannya perisian terpantas dinaik taraf dalam sejarah.

Sistem operasi baharu itu memiliki rekaan lebih menyerlah termasuk iTunes Radio. Kemudahan naik taraf itu adalah proses percuma untuk iPhone dan iPad yang dijual sejak beberapa tahun lalu. – AFP

iPhone 5S di Malaysia

Masih belum terdapat tarikh iPhone 5C akan dibawa masuk ke Malaysia. Mungkin akhir bulan Oktober atau awal bulan November. Harga iPhone 5C diMalaysia dijangka dalam RM1699 – RM1899 manakala harga bagi iPhone 5S pula RM2299 – RM2499

admin
admin

Would you like to share your thoughts?