CUPERTINO, California 17 Julai – Apple berkata, pembeli model iPhone 4 terbaru bakal diberikan sarung pelindung secara percuma bagi mengurangkan masalah gangguan isyarat.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] iphone 4


Telefon itu mengalami masalah gangguan pada isyarat wayarles jika memegang telefon itu dengan tangan terdedah atau dikenali sebagai “pegangan maut”.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc., Steve Jobs ketika mengumumkan perkara itu di ibu pejabat syarikat berkenaan di sini berkata, mereka yang telah membeli dan bakal membeli telefon itu layak menerimanya.

iPhone 4 banyak menerima rungutan mengenai masalah antenanya sejak mula dijual di Amerika Syarikat, tiga minggu lalu.

Isnin lalu, majalah Consumer Reports berkata, ujian teliti yang dijalankan telah mengesahkan isu berkenaan. Majalah tersebut enggan mengesyorkan telefon itu dan menyuruh Apple membayar ganti rugi kepada pembeli. –

Job mengumumkan Apple bersedia membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pembeli telefon keluaran terbaru Apple itu tanpa kos tambahan dan membuat bayaran semula kepada pelanggan yang membelinya sehingga 30 September ini.

 

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *