Kuala Lumpur: Sebanyak tiga kandungan tempatan dipasarkan secara serius dalam setor aplikasi Windows Phone selepas Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) menjalin kerjasama dengan Nokia bagi membantu pengeluar kandungan aplikasi tempatan yang bermula awal tahun ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] aplikasi windows phone tempatan

Manakala, Nokia menyasarkan baki aplikasi daripada 100 pembangun tempatan akan diedarkan dalam aplikasi Windows Phone sebelum akhir tahun ini.

Ketua Pemasaran Nokia Pan Asia Gary Chan berkata, syarikatnya berkeyakinan bakat tempatan mampu menghasilkan aplikasi yang menempa nama di peringkat antarabangsa.

“Kerjasama dengan MDeC membantu melonjakkan Nokia di pasaran tempatan yang kini lebih mencabar,” katanya kepada Bisnes Metro selepas pelancaran telefon pintar terbaru, Nokia Lumia 925 di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengupayaan Digital MDeC, Wan Murdani Wan Mohamad berkata, kerjasama terbabit ditempatkan di bawah program Pembangunan Kandungan Bersepadu (ICON) MSC Malaysia kali kedua yang menyediakan latihan khusus serta sokongan kepada 100 pembangun ICON bagi membantu mereka mempelajari platform Windows Phone 8. “Sehingga kini, semua mereka bersedia dengan pengetahuan dan kepakaran teknikal,” katanya.

Pembangunan Aplikasi Windows Phone Tempatan

Beliau memaklumkan, program berkenaan diadakan bagi menggalakkan dan memudahkan penghasilan aplikasi mudah alih tempatan dengan membangunkan kapasiti serta pembinaan ekosistem untuk pemaju tempatan memasuki pasaran aplikasi global.

Mengulas mengenai pelancaran Lumia 925, Chan berkata, Nokia optimis dengan pengenalan model telefon Lumia 925 yang dijangka terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai disebabkan beberapa faktor penarik selain beroperasi di atas platform Microsoft Windows 8. “Antaranya termasuk kekuatan Lumia 925 iaitu fungsi kamera dengan teknologi PureView dipasang bersama Penstabilan Imej Optikal dan lensa Carl Zeiss,” katanya.

Menurutnya, satu lagi tarikan yang diperoleh termasuk kemudahan mengecas bateri telefon tanpa menggunakan pengecas fizikal kerana semuanya boleh dilakukan tanpa wayar yang mana pengecasnya sudah tersedia dalam peranti itu sendiri.

Nokia Lumia 925 dijual pada harga RM1,799 dan mula didapati menjelang Ogos nanti. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?