KUALA LUMPUR – LINE Plus Corporation menjangka dapat mencapai sasaran 10 juta pengguna bagi aplikasi pesanan mudah alih globalnya, Aplikasi LINE, pada akhir tahun.
[adsenseyu6] | ![]() |
Pengurus Besar Global Line Business Simeon Cho berkata aplikasi itu mencatatkan peningkatan kadar muat turun harian lebih 200 peratus di Malaysia sejak iklan TV disiarkan di televisyen tempatan pada 12 Julai, 2013.
Platform pesanan mudah alih utama itu meraih pertumbuhan pesat sejak pelancarannya pada Jun 2011 dengan 190 juta pengguna seluruh dunia dan disenaraikan sebagai aplikasi nombor satu dalam kategori aplikasi percuma di 51 negara termasuk Malaysia.
Susulan pertumbuhan pesat pengguna, LINE telah meningkatkan komitmen untuk terus melancarkan kandungan yang dikhususkan bagi pengguna tempatan Malaysia.
“Hasrat kami adalah untuk mengembangkan pengguna kami di Malaysia dan mengukuhkan hubungan emosi dengan pengguna ketika kami beransur-ansur menjadi satu platform hayat telefon pintar sebenar,” kata Cho pada pelancaran akaun rasmi bagi tiga selebriti semasa majlis berbuka puasa di sini bersama media.
LINE mengeluarkan satu set pelekat Ramadan edisi khas bagi Malaysia bersempena dengan bulan puasa dan Hari Raya.
LINE PLUS dan LINE adalah tanda dagang berdaftar LINE Corporation
LINE PLUS Corporation, usaha sama antara NHN Corporation and LINE Corporation (sebelum ini NHN Japan Corporation), merupakan penyedia platform hayat telefon pintar bagi membawakan perkakas pesanan inovatif. – Bernama