Pembaca yang melayari laman sesawang Malaysiakini diberi amaran bahawa halaman itu diserang virus yang boleh merosakkan sesetengah perisian komputer mereka. Kejadian ini telah berlaku berlaku beberapa kali sebelum ini.
Amaran virus itu berpunca daripada ‘banner’ iklan di Malaysiakini akibat serangan baru dari aplikasi sumber terbuka yang mengendalikan iklan yang dikenali sebagai “Open X”.
Malaysiakini telahpun melumpuhkan sistem yang dijangkiti itu dan pembaca kini boleh melayari halaman Malaysiakini tanpa jangkitan virus itu.
Bagaimanapun, perisian anti-virus di komputer anda mungkin mengambil masa untuk menilai semula halaman berkenaan dan menyahkan amaran virus itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai serangan virus, sila layari pautan ini.
Malaysiakini memohon maaf atas masalah teknikal berkenaan.
Harian Metro Online Pula Dijangkiti Malware
20/09/2010[…] laman web Malaysiakini versi bahasa melayu dijangkiti malware kini giliran laman web harian metro pula dijangkiti. Google chrome memberi […]