Pemantau kebebasan media Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) meramalkan kerajaan berusaha ke arah lebih banyak “langkah-langkah ekstrim” untuk mengawal Internet dan media baru dalam tahun-tahun mendatang.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] media baru

“Dalam berdepan dengan platform atas talian yang jauh lebih bebas, kerajaan jelas cuba menggunakan muslihat kawalan lebih luas dan berpengaruh,” rumus NGO itu dalam laporan Kebebasan Media 2011.

Perkara ini, tambahnya, sejajar dengan kaedah tradisional seperti Akta Mesin Cetak Penerbitan dan Akta Hasutan untuk mengawal media menggunakan kaedah sama sejak beberapa dekad.

Kawalan Media Baru

Laporan itu juga menyebut tidak dapat dilihat sebarang bukti bahawa BN komited menghormati dan mempertahankan kebebasan media dan kebebasan bersuara, walaupun mendakwa sebaliknya.

Malah, terdapat lebih banyak percubaan untuk menyekat kebebasan dan memperluaskan lingkungan kawalan kerajaan. -malaysiakini

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *