Ingatkah lagi dengan acara NEF Awani ICT Awards 2010 yang pernah kami laporkan pada awal tahun ini. Menariknya, untuk tahun 2011 ini, blog milik anda, Amanz telah pun mendapat hak eksklusif, dimana Amanz Network telah dianugerahkan sebagai media rasmi atas-talian untuk acara tersebut, sekaligus membolehkan kami mendapatkan lebih banyak berita eksklusif untuk para pembaca Amanz.
[adsenseyu6] | ![]() |
NEF-Awani ICT Awards 2011 baru sahaja diumumkan secara rasminya pada hari ini, dimana melaluinya beberapa kategori akan dipertandingkan. Pencalonan untuk acara tersebut akan dimulakan pada hari ini, dan berakhir pada 30 November kelak, yang mana ia akan kelak melalui beberapa peringkat, termasuk undian atas-talian dan melalui penilaian beberapa orang juri, sebelum pemenangnya diumumkan pada tahun hadapan.
Bagi para pengusaha startup di Malaysia, ini mungkin salah satu platform menarik untuk anda mempromosikan jenama dan produk anda, disamping pada masa yang sama, anda turut boleh berkongsi akan produk dan perkhidmatan ICT anda dengan mudah dengan menghantar emel kepada kami di media(a)amanz.my.
Kami akan berusaha sedaya upaya untuk membawakan liputan langsung daripada acara tersebut kelak yang bakal diadakan pada awal tahun hadapan. -amanz.my