Altobridge, pembekal penyelesaian jalur lebar terkemuka mengikat kontrak besar dengan Maxis Berhad (Maxis) untuk melaksanakan pemasangan lebih 300 stesen tapak jalur lebar baru yang membekalkan perkhidmatan rangkaian 3G.
[adsenseyu6] | ![]() |
Ia membolehkan syarikat terbabit memasang prasarana jalur lebar pada kos yang rendah ke perkampungan luar bandar di seluruh Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak. Naib Presiden Pemasaran Altobridge Peter Tuomey berkata, setakat ini, hampir 200 lokasi mula dipasang di beberapa kawasan di negara ini.
Inisiatif Jalur Lebar Negara
“Usaha terbabit sejajar dengan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) yang menyasarkan kadar penembusan jalur lebar 75 peratus menjelang 2015,” katanya.
Sebagai mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai pusat sesuai mengembangkan perniagaan, Altobridge menubuhkan ibu pejabat Asianya di ibu kota dengan matlamat mengguna pakai pengetahuan tempatan untuk mengembangkan asas pelanggan dan mengukuhkan kedudukannya di rantau ini.
“Selain Malaysia, kami laksanakan penyelesaian rangkaian mudah alih jarak jauh kami di Indonesia, Kepulauan Solomon, Papua New Guinea, Mongolia dan Kepulauan Pasifik seperti Tonga dan Kepulauan Cook,” katanya.
Menurutnya, memanfaatkan jalur lebar mudah alih untuk meningkatkan hubungan kini menjadi sebahagian penting dalam masyarakat yang mengubah corak kehidupan peribadi dan perniagaan harian.