WASHINGTON: Akaun Twitter USA Today digodam penjenayah siber dalam serangan terbaru terhadap media Amerika Syarikat (AS) oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Script Kiddies’.
[adsenseyu6] | ![]() |
USA Today adalah media Gannett yang juga rangkaian akhbar terbesar AS, memohon maaf Ahad lalu susulan tindakan penggodam merampas kawalan akaun @usatoday dan mengeluarkan siri tweets.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan atau kekeliruan yang dialami pembaca kami,” kata akhbar itu yang mempunyai lebih 170,000 pembaca.
“@usatoday digodam dan akibatnya tweets palsu dihantar. Kami sedang berusaha membetulkan kandungan Twitter itu dan akaun berkenaan kini berada dalam kawalan kami,” katanya.