BizSmart Alliance Bank, akademi perniagaan dalam talian pertama yang bertujuan menggalak dan memupuk generasi baru dalam dunia perniagaan di negara ini. Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Perbankan Perniagaan Kumpulan, Steve Miller, berkata Akademi BizSmart ditubuhkan sebagai sumber rujukan bagi usahawan muda mendapatkan maklumat menerusi medium yang sering digunakan.
[adsenseyu6] | ![]() |
“Usahawan generasi X dan Y lebih senang dengan amalan perniagaan yang lebih canggih dan menyeluruh. “Mereka menggunakan kelebihan teknologi baru dalam perniagaan sejak dari peringkat awal serta menawarkan penyelesaian perniagaan yang fleksibel dan tersedia sepanjang masa.
“Dengan mendaftarkan diri di akademi berkenaan, peserta boleh mendapat maklumat terkini mengenai sebarang acara berkaitan perniagaan seperti persidangan, seminar dan sebagainya.
“Selain itu, akademi itu juga menyediakan pelbagai sumber rujukan yang boleh membantu usahawan mengukuhkan perniagaan supaya mampu bertahan dan mencapai keuntungan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran akademi berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama ialah Ketua Eksekutif Kumpulan (CEO), Sng Seow Wah. Tambahnya lagi, akademi berkenaan adalah cara Alliance Bank menyokong komuniti perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
NizSmart Beri inspirasi
“Kami memberi inspirasi untuk menggalakkan usahawan terbabit memperoleh idea baru dan membimbing mereka dalam menggunakan kelebihan sumber yang ada untuk meningkatkan lagi tahap perkhidmatan dan keupayaan pemasaran mereka,” katanya.
Sementara itu, sempena pengenalan Akademi BizSmart Alliance Bank, bank berkenaan turut melancarkan pertandingan Cabaran Inovasi IKS 2013. Pertandingan berkenaan mengalu-alukan usahawan muda yang sudah memulakan perniagaan dalam tempoh satu hingga tiga tahun menghantar cadangan perniagaan mereka untuk dipertimbangkan.
Miller berkata, sebanyak 12 cadangan terbaik akan dipilih untuk menjalani sesi tunjuk ajar dan latihan perniagaan dalam Strategi Lautan Biru bagi membantu perniagaan mereka maju ke peringkat yang seterusnya.
12 pengusaha terpilih
“Seramai 12 pengusaha yang terpilih juga akan menerima bimbingan daripada pemimpin perniagaan terkemuka seperti CEO dan Presiden Kumpulan SP Setia Bhd, Tan Sri Liew Kee Sin.
“Selepas melalui saringan berkenaan, peserta yang muncul dengan idea atau cadangan perniagaan terbaik berpeluang memenangi hadiah utama bernilai RM250,000 untuk melaksanakan pelan perniagaan mereka yang baru,” katanya. -bharian
Ekspedisi Murah Surabaya
02/08/2020Postingannya Bagus, Silahkan Mengunjungi Ke Website Tarif Ekspedisi Surabaya Makassar Jangan Lupa Juga Untuk Berkunjung Lihat disini Ongkir Dari Surabaya Ke Makassar
Ekspedisi Lautan Kasih
02/08/2020Artikelnya Bagus, Silahkan Berkunjung Ke Website Ekspedisi Murah Dari Surabaya Ke Makassar Kepoin Yuk Disini Cek Disini Ekspedisi Makassar Surabaya