SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia akan menjalankan naik taraf dan penyelenggaraan sistem perkomputerannya pada hujung minggu ini bagi menyediakan operasi dalam talian yang dipertingkatkan kepada penumpang.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, susulan itu, perkhidmatan tempahan penerbangan dalam talian tidak akan beroperasi buat sementara waktu dari jam 11 pagi Sabtu hingga jam 6 pagi Ahad.
“Semasa tempoh ini, orang ramai tidak akan dapat mendaftar masuk menerusi web, telefon mudah alih dan juga di kios,” katanya. “Kami menasihatkan penumpang untuk daftar masuk awal menerusi laman web sebelum tempoh gangguan untuk mengelakkan sebarang masalah kepada rancangan perjalanan mereka,” katanya.
AirAsia berkata, penumpang akan dimaklumkan melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau laman web www.airasia.com, Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia). -hmetro
