Kuala Lumpur: American International Group Inc (AIG) melancarkan penyelesaian insurans siber dikenali CyberEdge bagi menangani pertumbuhan ancaman siber di Malaysia.
[adsenseyu6] | ![]() |
Penolong Naib Presiden Rangkaian Perniagaannya Emily Poh berkata, syarikat menyeru semua organisasi perniagaan mengambil serius ancaman itu kerana amalan pengurusan risiko korporat semasa di Malaysia masih di peringkat awal dan perlu dibangunkan lagi untuk menangani perkara berkenaan.
Beliau berkata, serangan siber kian berkembang dan boleh memberi impak kepada operasi berikutan kekerapan kehilangan produktiviti, perbelanjaan undang-undang, liabiliti pihak ketiga, mendedahkan harta intelek dan mencalar reputasi sesebuah organisasi.
CyberEdge tangani ancaman siber
“Setiap syarikat perlu menguruskan risiko siber secara proaktif meliputi keseluruhan organisasi terutama membabitkan urusan di bilik lembaga pengarah,” katanya pada majlis pelancaran CyberEdge di sini, semalam. CyberEdge direka khusus untuk menangani risiko akibat kehilangan maklumat korporat dan data peribadi daripada ancaman siber serta melindungi liabiliti syarikat yang timbul ekoran pelanggaran undang-undang perlindungan data.
Pada masa sama, AIG turut melancarkan aplikasi mudah alih CyberEdge yang boleh dimuat turun secara percuma melalui aplikasi iPad bertujuan memenuhi keperluan bagi meningkatkan maklumat berkaitan risiko siber dan menunjukkan langkah bagaimana untuk menghadapinya.
Aplikasi itu mengandungi berita terkini cyber, maklumat dalam masa sebenar dalam pelanggaran data seluruh negara, kalkulator kos pelanggaran, kalendar acara dan terma siber utama. “Insurans dapat menyediakan perlindungan kewangan untuk berhadapan dengan risiko siber dan CyberEdge membantu organisasi di Asia menguatkan pertahanan dalam melawan ancaman siber,” katanya. -hmetro