LINKEDIN, rangkaian profesional terbesar di dunia dengan lebih 187 juta ahli, mengumumkan bilangan ahli telah melepasi satu juta di Malaysia, sekali gus menjadi satu pencapaian yang bermakna selepas pelancaran laman Bahasa Malaysia pada 2011.
[adsenseyu6] | ![]() |
Pengarah Urusannya untuk Australia, New Zealand dan Asia Tenggara, Clifford Rosenberg berkata, ini adalah satu pencapaian penting bahawa rakyat Malaysia memahami peluang ekonomi yang boleh diberikan oleh rangkaian profesional secara atas talian.
“Dengan peningkatan jumlah keahlian, Linkedin kini menjadi tapak bagi golongan profesional untuk mewujudkan jenama atas talian memperoleh maklumat serta menemui peluang baru dalam perniagaan atau kerjaya,” katanya.
LinkedIn untuk ambil pekerja
Linkedin turut menerima permintaan daripada syarikat seperti AirAsia, Axiata dan Maybank yang menggunakan kelebihan Linkedin Talent Solutions dalam mengambil pendekatan yang lebih strategik bagi pengambilan dan pengekalan pekerja.
Iklan Linkedin dalam bahasa Malaysia boleh memberi faedah kepada syarikat-syarikat tempatan dan memudahkan ahli serta perniagaan untuk berkongsi maklumat dan menghasilkan mesej yang lebih berkesan, seterusnya menyediakan peluang yang lebih menarik serta relevan untuk pasaran tempatan. -sinarharian