DALAM usaha mengukuhkan kedudukan dalam pasaran komputer tablet, pengeluar komputer peribadi utama Taiwan, Acer melancarkan dua produk baru yang digerakkan sistem operasi yang ditunggu-tunggu, Windows 8.
[adsenseyu6] |
Syarikat itu memperkenalkan kedua-dua komputer tablet berkenaan, iaitu W510 dan W700 di Computex, sebuah pameran teknologi maklumat (IT) terbesar Asia, yang dianjurkan kali ke-32 di Taipei, dengan Windows 8 dijangkakan menjadi tumpuan utama.
Komputer tablet dengan Windows 8
Acer yang bertungkus-lumus untuk menembusi pasaran komputer tablet, mengurangkan beratus-ratus pekerjaan di Eropah tahun lalu bagi mengurangkan perbelanjaan operasinya.
Walaupun Apple tidak terbabit di Computex, pameran itu dijangka membabitkan kepentingan gergasi komputer Amerika itu, memandangkan apa yang berlaku di pameran itu adalah maklum balas kepada arah aliran yang telah ditetapkan jenama Amerika Syarikat itu.
Windows 8 dianggap sebagai perkembangan terbaru Microsoft yang ditunggu-tunggu berikutan populariti Apple serta sistem operasi Android yang dibangunkan Google.
Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini, tetapi laporan menjangkakan pelancarannya akan dilakukan pada Oktober ini.
“Bagi kami, pengalaman skrin sesentuh yang ditawarkan Windows 8 adalah satu langkah penting kerana ia menjadikan pengkomputeran intuitif yang lebih baik,” kata Presiden Korporat Acer, Jim Wong.
Computex membabitkan lebih 1,800 peserta dengan pendaftaran sebanyak 5,400 ruang pameran, naik dua peratus berbanding setahun yang lalu.
Penganjurnya menjangkakan, pameran IT itu akan menarik 36,000 pembeli luar negara yang akan melakukan tempahan pukal bernilai sehingga AS$28 bilion (RM89.5 bilion) – AFP
Komputer Tablet Acer di Kelantan
Para pengguna boleh mendapatkan komputer tablet Acer di kedai-kedai komputer sekitar Kelantan.