ASIAN Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABNxcess), sebuah syarikat pembekal rangkaian perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dan televisyen kabel digital memperuntukkan RM2 bilion untuk tujuan meningkatkan mutu perkhidmatannya dalam tempoh empat tahun.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] ABNxcess

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, S Sreedhar berkata, peruntukan tersebut termasuklah membuka pusat servis mereka yang baharu di Melaka, Seremban dan Ipoh yang dijangka dilakukan pada tahun ini.

Menurutnya, pihaknya turut memperluaskan rangkaian operasi mereka ke seluruh negara dengan memperoleh sasaran kira-kira lima juta pelanggan menjelang 2017.

“Sejak ia dilancarkan Jun tahun lalu, ABNxcess mendapat sambutan menggalakkan, malah ramai yang sering bertanya dan menantikan bila perkhidmatan tersebut akan diwujudkan di tempat mereka.

“Setakat ini kita mempunyai pusat servis di Subang Jaya, Kepong dan Permas Jaya. Kita juga bercadang membuka sebuah cawangan baru pusat servis di Johor iaitu di Skudai serta negeri lain dalam tahun ini dalam rangka untuk memperluaskan lagi perkhidmatan yang diberikan.

“Kini, kita sedang berusaha memperluas operasi ke seluruh negara dengan sasaran lima juta pelanggan menjelang 2017,” katanya semasa taklimat kepada media di pusat servis ABNxcess di Permas Jaya, Johor.

Hadir sama, Naib Presiden Rantau Selatan ABNxcess, Husni Jasam.

Sreedhar berkata, sehingga kini, ABNxcess memiliki seramai 30,000 pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya yang menawarkan 58 saluran dan akses internet dengan kelajuan 10Mbps dan jumlah itu dijangka meningkat pada masa akan datang.

“Pada masa ini, lebih 100 saluran dengan 70 peratus kandungan merupakan saluran-saluran baharu yang sebelum ini tidak pernah ditayangkan di negara ini dan hanya ditawarkan oleh syarikat kami untuk tontonan pelanggan.

“Kita juga sedang berusaha untuk menambah saluran dan apabila ABNxcess berpindah ke pejabat baharu yang lebih canggih dan lengkap dengan pelbagai kemudahan serta dijangka mampu menawarkan 500 saluran lagi,” katanya. -sinarharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?