Kuala Lumpur: Perkhidmatan televisyen berkabel digital, ABNxcess dengan kerjasama Media Prima Content Services (MPCS) memperkenalkan tiga saluran melalui Televisyen Protokol Internetnya IPTV bagi memulakan operasi penyiaran dan mempelbagaikan pilihan kandungan rancangan tempatan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] iptv abnxcess

Naib Presiden Kanan Kandungan MPCS Mohd Zulkifli Abd Jalil berkata, saluran ditawarkan itu terdiri daripada saluran sedia ada iaitu Emas yang memaparkan semula program yang mendapat sambutan ramai seperti Majalah 3, Sinaran Pasport Kegemilangan, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Wanita Hari Ini dan lain-lain.

Saluran baru ABNxcess

Menurutnya, dua saluran baru pula Emas Plus yang memaparkan rancangan drama dan telemovie Melayu seperti Ezora, Spa Q, dan Bella serta Emas Style yang menyediakan rancangan santai seperti Jalan-Jalan Cari Makan serta Ole-Ole Chef Wan. “

Pengisian ketiga-tiga saluran yang padat dengan rancangan berbentuk majalah, masakan, senaman, drama dan telemovie terbaik sepanjang operasi penyiaran TV3 dapat memberi kepuasan dan pengalaman menonton unik kepada pelanggan kami,” katanya pada taklimat media pengenalan saluran terbabit di sini, semalam.

Katanya, syarikat mendapat maklum balas positif daripada orang ramai sejak mula dilancarkan Jun lalu dengan menerima 1,000 pertanyaan dalam satu bulan. “Kami akan menambah saluran baru daripada semasa ke semasa melalui jalinan kerjasama dengan beberapa penyedia kandungan lain bagi memastikan perkhidmatan ini dapat menarik lebih ramai pelanggan dan menawarkan sesuatu yang berlainan berbanding stesen televisyen sedia ada,” katanya.

Ketika ini, perkhidmatan televisyen kabel ABNxcess belum dapat dinikmati kerana ia masih di dalam fasa pemasangan kabel di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *