Kuala Lumpur: Asian Broadcasting Network (ABN) Media Group Sdn Bhd menjangkakan perkhidmatan televisyen kabel dan Internetnya yang dikenali sebagai ABN Xcess menguasai sehingga 50 peratus pasaran menjelang 2017.
[adsenseyu6] | ![]() |
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Tan Sri KK Eswaran berkata, buat masa ini jumlah langganan dan liputan perkhidmatan berkenaan masih belum meluas, namun ia semakin berkembang.
“Kini mencakupi 15 peratus pasaran dan terus berkembang khususnya dari aspek liputan dan langganan. “Kami percaya dalam tempoh empat setengah tahun lagi, kami dapat mencapai sehingga 50 peratus pasaran dengan liputan ke lima juta kediaman,” katanya kepada Bisnes Metro, di sini.
Menurutnya, buat masa ini, jumlah liputan mencapai lebih daripada 120,000 kediaman dan jumlah berkenaan dijangka mencecah 1.4 juta kediaman menjelang Jun 2014.
“Kami yakin mencapai sasaran ditetapkan kerana perkhidmatan ini yang pertama dan paling murah ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.
Saluran TV bersama sambungan internet
“Uniknya perkhidmatan ini, pengguna bukan saja mendapat akses kepada 50 saluran malah, ia turut dilengkapi dengan sambungan Internet 10 Megabit sesaat (Mbps) pada harga hanya RM98.99,” katanya.
Eswaran berkata, melalui perkhidmatan ABN Xcess, pengguna tidak perlu risau mengenai isu gangguan siaran ketika cuaca buruk kerana sistem digunakan tidak dipengaruhi keadaan cuaca.
“Pengguna masih boleh menikmati rancangan kegemaran mereka walaupun ketika hari hujan dan boleh melayari Internet untuk kandungan definisi tinggi tanpa perlu menunggu ia dimuat turun terlebih dulu.
“Selain kelajuan 10 Mbps, kami turut menawarkan akses Internet untuk kelajuan 30 Mbps dan 50 Mbps dengan langganan saluran tanpa had,” katanya.
Menurutnya, buat masa ini pihaknya menawarkan 118 saluran dan ia dijangka mencapai 200 saluran secara berperingkat.
“Namun, melalui sistem digunakan dan keupayaan lebar jalur, kami tidak mempunyai masalah untuk menawarkan seberapa banyak saluran untuk pengguna dan tidak mustahil ia mencecah ribuan saluran satu ketika nanti,” katanya. -hmetro
ejoeSolutions ABNxcess tingkat perkhidmatan » ejoeSolutions
23/03/2014[…] ia dilancarkan Jun tahun lalu, ABNxcess mendapat sambutan menggalakkan, malah ramai yang sering bertanya dan menantikan bila perkhidmatan […]