RANGKAIAN TV kabel digital berbayar tempatan, Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABN) akan memulakan pemasangan perkhidmatan rangkaian TV kabelnya bermula Jun ini membabitkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
[adsenseyu6] | ![]() |
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sreedhar Subramaniam berkata, sebagai permulaan pihaknya menyasarkan pemasangan bagi 1,000 isi rumah dan ditumpukan di kawasan bandar yang mempunyai infrastruktur lebih baik.
TV kabel ABN dipasang secara berperingkat
“Bagi kawasan lain ia akan dilakukan secara berperingkat dan kami turut menawarkan lebih 100 saluran pilihan yang lebih murah berbanding stesen televisyen berbayar sedia ada kerana kami mahu lebih ramai masyarakat yang mampu menggunakan khidmat ABN.
“Buat masa ini juga pelbagai ujian turut dijalankan bagi memastikan siaran kami lancar dan selepas itu, kami akan memberikan perhatian kepada maklum balas pelanggan beberapa bulan selepas pemancaran,” katanya pada sidang media selepas pelancaran persidangan Malaysian Content For All di Putrajaya, semalam. Hadir merasmikan persidangan adalah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang.