SANDAKAN 1 Nov. – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan melalui agensinya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memasang enam kemudahan ‘Kampung Tanpa Wayar’ (Kampung Wifi) di kawasan Batu Sapi.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kemudahan berkenaan merupakan sebahagian daripada 500 kemudahan seumpamanya yang akan dipasang di seluruh Sabah.
Kampung yang memperoleh kemudahan itu di Batu Sapi adalah Kampung Air, Kampung Karamunting Lama, Kampung Karamunting Baru, sebahagian Kampung Bokara, Kampung Lupak Meluas dan Flat MPS.
Kampung Wifi nikmati jalur lebar
Melalui kemudahan itu, penduduk kampung dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi termasuk penggunaan Internet.
“Inilah sumbangan ikhlas kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kemudahan ‘Kampung Tanpa Wayar’ di Flat MPS di ini hari ini.
Rais juga berkesempatan menguji kemudahan ‘Kampung Tanpa Wayar’ berkenaan dengan mengadakan sidang video beberapa minit dengan penduduk Kampung Bokara dari tapak pelancaran.
Menurut Rais, mana-mana kawasan yang mempunyai kemudahan talian telefon awam boleh dibekalkan dengan kemudahan berkenaan dan penduduk kawasan terlibat akan dapat mengakses perkhidmatan telekomunikasi seperti rakan-rakan mereka di bandar.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan membina 212 buah lagi pemancar komunikasi di seluruh Sabah untuk membolehkan siaran televisyen dan radio dapat diterima lebih ramai penduduk di negeri itu, khususnya kawasan pedalaman.
Katanya, pembinaan pemancar bernilai RM380 juta akan dimulakan pada tahun hadapan dan sekiranya perancangan berjalan lancar, ia boleh disiapkan dalam tempoh setahun.
Pada majlis sama, Rais turut memberi tauliah kepada lapan wakil Pos Komuniti yang akan diletakkan di kawasan-kawasan strategik di Batu Sapi serta menyerahkan 15 unit komputer riba kepada 15 penerima termasuk pelajar. – BERNAMA
1 Comment
Would you like to share your thoughts?
You must be logged in to post a comment.

Pencapaian ICT Malaysia dapat pengiktirafan - ejoeSolutions
20/06/2012[…] wanita di Sabah dan beberapa nelayan serta mereka yang duduk di kawasan pedalaman serta dibekalkan Kampung Wifi, mereka dapat memasarkan beberapa produk yang meningkatkan pendapatan […]