500 tenaga kerja Pusat Operasi Global Paypal Malaysia
PENYEDIA perkhidmatan pembayaran online, PayPal menyasar untuk memiliki 500 tenaga pakar ICT menjelang 2013 di Pusat Operasi Globalnya Paypal Malaysia yang akan beroperasi mulai Januari depan.
[adsenseyu6] |
Naib Presiden Kanan Operasi Global PayPal, John McCabe berkata, khidmat tenaga pakar itu sebagai kemudahan menawarkan perkhidmatan dan sokongan kepada pelanggannya di seluruh Asia selain dan menyediakan perkhidmatan tambahan kewangan dan risiko perniagaan PayPal di peringkat global. “Buat masa kini kita mempunyai 200 tenaga pakar dan tambahan itu dilakukan bagi menyertai pertumbuhan berteknologi tinggi syarikat di Malaysia. Bagi memperluaskan kemudahan, PayPal merekrut siswazah lepasan universiti melalui tawaran secara online selain menjadikan pusat operasi PayPal sebagai pusat latihan,” katanya pada perasmian pembukaan pejabatnya di bangunan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC), di 1 First Avenue, Dataran Bandar Utama, Petaling Jaya semalam.
Pusat Operasi Global Paypal Malaysia
Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Pusat Operasi Global Malaysia itu kini menyertai rakan global PayPal yang beroperasi di Berlin, Shanghai, Sao Paulo, Dublin dan Chandler serta Omaha di Amerika Syarikat. Sementara itu, Mukhriz berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh memperluaskan perniagaan ke peringkat global dengan menyertai kemudahan perdagangan seperti yang ditawarkan PayPal dalam memudahkan sistem pembayaran. “Saya menggesa PKS tempatan dengan pantas menggunakan pelbagai saluran runcit yang strategik untuk meneroka pertumbuhan baru dalam pendekatan pengembangan perniagaan termasuk penggunaan teknologi baru,” katanya. -hmetro
Written by admin
ejoe akman adalah founder ejoeSolutions. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pembangunan web & pembangunan sistem online menggunakan PHP & MySQL.
You might also like
- Tune Talk, Paypal tawar perkhidmatan Auto Topup
- PayPal sasar pertumbuhan positif
- PayPal utamakan keselamatan pengguna