BAITULMAQDIS: Seorang penggodam Arab Saudi mendakwa dia telah mendedahkan maklumat daripada 400,000 credit card milik warga Israel di internet.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Bagaimanapun syarikat pengeluar kad berkenaan berkata, hanya 14,000 kad yang terjejas. Maklumat mengenai penggodaman itu didedahkan kelmarin dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman web sukan Israel.
“Hi, saya 0xOmar dari kumpulan-xp, kumpulan penggodam terbesar Wahabi dari Arab Saudi,” kata kenyataan itu. “Kami adalah penggodam tanpa nama Arab Saudi.
Kami memutuskan untuk mengeluarkan bahagian pertama data kami mengenai Israel,” kata kenyataan itu. Perhubungan dalam kenyataan itu menjurus kepada laman web mengandungi maklumat mengenai kad kredit rakyat Israel, selain kad untuk membeli barangan daripada laman web Yahudi dan mereka yang kerap menyumbang kepada Rabai Zionis Israel. – AFP
2 Comments
Would you like to share your thoughts?
You must be logged in to post a comment.

6,000 lagi credit card warga Israel digodam - ejoeSolutions
07/01/2012[…] BAITULMAQDIS: Sekumpulan penggodam Arab Saudi yang menggelar diri mereka ‘group-xp mendedahkan butir lebih 6,000 kad kredit warga Israel di atas talian, perbuatan kedua seumpamanya dalam masa tiga hari selepas 400,000 credit card digodam. […]
Hackers Israel balas dendam serangan Arab Saudi - ejoeSolutions
19/01/2012[…] Hannibal, menulis bahawa tindakannya, yang bermula Jumaat lalu, adalah “serangan balas” selepas penerbitan perincian kad kredit Israel dalam internet oleh seorang penggodam Arab Saudi. “Saya menyedari kebodohan Ox Omar dan rakannya,” katanya dalam satu kiriman yang dihantar […]