Serdang: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merancang untuk menjadikan 2014 sebagai tahun pengkomersialan produk inovasi dengan anggaran 360 produk bakal dikomersialkan menjelang 2020.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] produk inovasi

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, sasaran berkenaan dibuat bagi merancakkan sektor inovasi tempatan dengan menggalakkan lebih banyak syarikat menempatkan jenama mereka di pasaran tempatan atau antarabangsa.
“Kami merancang untuk menjadi lebih agresif pada tahun depan khususnya dalam mempromosi produk inovasi dengan menjadikan 2014 sebagai tahun pengkomersialan produk seumpama ini.

“Ini kerana kami percaya inovasi dan perniagaan saling berkait di mana setiap produk yang dihasilkan melalui kajian dan penyelidikan hanya boleh dianggap sebagai produk yang berjaya sekiranya ia mendapat tempat dalam pasaran.

Pavilion Produk Malaysia Technology Development Corporation

“Jika ia tidak ditempatkan dalam pasaran, maka ia hanya dianggap produk pameran reka cipta,” katanya selepas pelancaran Pavilion Produk Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi MTDC Datuk Siti Hadzar Ismail dan Ketua Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus.

Menurutnya, mulai tahun depan, kementerian menjangkakan untuk mengkomersialkan sehingga 360 produk inovasi dalam tempoh enam tahun sehingga mencapai tahun 2020. “Sasaran ini adalah realistik dan kami memfokuskan produk yang berimpak tinggi sama ada dari sektor farmaseutikal, elektrik dan elektronik atau makanan dan minuman.

“Jumlah berkenaan dijangka dapat dicapai berikutan sejak Rancangan Malaysia ke-7, kerajaan melalui MTDC berjaya membantu sehingga 500 syarikat mengkomersialkan hasil penyelidikan universiti dan pusat penyelidikan tempatan,” katanya.

admin
admin

1 Comment

  1. Hazman
    08/06/2014

    Banyak inovasi berpotensi untuk dikomersilkan. Sebelum itu, perlindungan untuk inovasi perlu dibuat bagi membolehkan pemilik inovasi mengambil tindakan jika ianya ditiru oleh pihak lain. Kos untuk melindungi sesuatu inovasi yang agak tinggi jika menggunakan khidmat ejen menyebabkan ramai pemilik inovasi tidak meneruskan proses permohonan perlindungan.

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *