FASA pertama Program Pembangunan 1Vendor (1VDP) menyasarkan melatih dan mengesahkan 475 kontraktor teknologi maklumat (IT) yang berdaftar di bawah Kementerian Kewangan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] 1Vendor sedia latih 475 kontraktor it

Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Ananth Lazarus berkata, mereka menerima latihan kecekapan mengenai produk Microsoft, yang memberi kelebihan kepada mereka berbanding vendor yang tidak disahkan dalam bidang pengetahuan produk, jaminan perkhidmatan berkualiti dan kecekapan dalam pelaksanaan projek.

1Vendor bakal latih 3500 kontraktor

“Terdapat 3,500 vendor IT berdaftar dengan kementerian hari ini. Jadi kami ingin melatih mereka semua,” katanya selepas pelancaran program program 1VDP di Cyberjaya, kelmarin. Turut hadir, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Antara pensijilan profesional yang ditawarkan ialah Win Server 2008, SQL 2008, Exchange 2010, Windows 7, Net 4 dan SharePoint.

“Fasa pertama program itu bermula bulan ini sehingga Disember tahun ini. 1VDP inisiatif perkongsian awam-swasta yang menyaksikan Microsoft melabur semula RM2 juta untuk meningkatkan daya saing global vendor teknologi maklumat dan komunikasi tempatan dan meningkatkan kualiti modal insan melalui latihan dan pensijilan,” katanya. – Bernama

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *