Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan akan berusaha untuk mewujudkan lebih kurang 5,000 usahawan muda setiap tahun melalui inisiatif 1Malaysia Entrepreneurs (1MeT).
| [adsenseyu6] | ![]() |
Timbalannya Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, pihaknya akan berusaha untuk mencapai jumlah itu memandangkan Persidangan Usahawan Global (GES) berjaya mengumpulkan seramai 5,000 usahawan muda negara ini dengan pelbagai portfolio.
Katanya, pencapaian usahawan muda di negara ini juga sentiasa meningkat dan kerajaan akan terus membantu serta mewujudkan pelbagai inisiatif.
“Kementerian sentiasa memastikan lebih ramai usahawan bertaraf global dilahirkan kerana kita boleh jika gigih berusaha. Malah, banyak potensi dalam negara yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan muda untuk berjaya.
“Selain itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry juga mengakui Malaysia mampu melahirkan usahawan bertaraf global dan bersedia bekerjasama dengan usahawan muda di negara ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Kerry melalui Setiausaha Perdagangannya akan membuka satu pusat sehenti bagi tujuan menjalin kerjasama dengan usahawan berpotensi di Malaysia.
“Usahawan perlu mengambil peluang yang diberi dan menerusi 1MeT serta tawaran yang dibuka oleh Amerika Syarikat kerana kerjasama yang diusahakan adalah bukan hanya dengan negara terbabit.
“Malah, ia turut membabitkan rangkaian antarabangsa termasuk kehadiran empat ribu usahawan daripada 124 negara yang berkongsi pengalaman serta kepakaran,” katanya.
1 Comment
Would you like to share your thoughts?
You must be logged in to post a comment.

ejoeSolutions TM komited bangunkan HSBB2 » ejoeSolutions
27/10/2013[…] pengumuman 1Malaysian Entrepreneurial Nation (1MeT) dan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) juga tepat pada masanya bagi […]