KUALA LUMPUR – Bilangan nama Malaysia domain yang berakhir dengan .my di Internet sehingga 3 Jun ialah sebanyak 194,507, kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif .my Domain Registry Norsuzana Harun.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] malaysia domain

Daripada jumlah itu, 55,000 telah didaftarkan melalui projek 2U-School khas untuk pembangunan laman web sekolah melibatkan sekolah-sekolah di Johor dan Negeri Sembilan serta projek 1Nita yang disasarkan kepada usahawan wanita industri kecil dan sederhana.

Pada tahun ini, 400 wakil sekolah di bahagian utara Semenanjung Malaysia akan mengambil bahagian dan seramai 500 usahawan wanita akan dilatih di bawah projek 2U-School dan 1Nita, katanya pada majlis sambutan Ulangtahun Ke-25 .my Domain Registry di sini malam tadi.

Pentadbir tunggal untuk Malaysia Domain

.my Domain Registry adalah pentadbir tunggal untuk alamat web yang berakhir dengan .my di Malaysia. Sementara itu, Norsuzana berkata .My Domain Registry sedang membangunkan “sistem registry-registrar” yang bersepadu yang akan menjadi rangsangan kepada penjanaan ekonomi negara.

Ia juga menjadi platform untuk .My Domain Registry menceburi bidang Domain Name System (DNS) iaitu pusat penyimpanan semua Nama Domain yang lebih dinamik sebagai langkah permulaan. – Bernama

ejoeSolutions sediakan servis pendaftaran domain .my

Kami menyediakan perkhidmatan pendaftaran domain bukan sahaja .com tapi juga .com.my dengan harga mampu milik. Dengan pejabat tetap di Kota Bharu, pastinya menjadi pilihan untuk para pengguna.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *