Kuala Lumpur: Kumpulan PropertyGuru, portal hartanah paling pesat berkembang di Asia, baru-baru ini mencatatkan detik bersejarah dengan rekod lebih sejuta pindah turun aplikasi mudah alih bagi pasaran utamanya di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] aplikasi propertyguru

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Gerard Kho berkata, kejayaan ini membuktikan kredibiliti kumpulan syarikat dalam mengatur strategi untuk terus menerajui arena pencarian hartanah melalui aplikasi mudah alih di rantau ini.

Aplikasi pencarian hartanah

Katanya, direka khas untuk golongan ejen dan pembeli hartanah, populariti penggunaan aplikasi pencarian hartanah mudah alih PropertyGuru yang kian meningkat ini berpunca daripada ledakan penembusan telefon pintar dalam kalangan pengguna Internet rantau Asia.

“Peningkatan mendadak dalam rekod pindah turun aplikasi mudah alih PropertyGuru berpunca daripada populariti penggunaan telefon pintar pada masa kini.

“Peranti mudah alih dan Internet kini tentu telah menjadi sumber penyelidikan dan pengetahuan utama lebih-lebih lagi dalam usaha untuk memperoleh pemilikan lebih besar seperti hartanah,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan.

Di Malaysia saja, data sudah dikumpul daripada pelbagai sumber yang boleh dipercayai.
Ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai kecenderungan pengguna masa kini yang beralih kepada kemudahan peranti mudah alih sebagai salah satu cara untuk memperoleh hartanah impian.

Sekurang-kurangnya dua daripada lima pengguna akan melayari Internet menerusi peranti mudah alih bagi mencari hartanah. Jumlah ini adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding data yang diperoleh pada 2011.

“Kami sudah menekankan fakta ini dalam Persidangan Teknologi & Mobil Hartanah Asia (AMTREC) yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hasil pengumpulan data daripada pelbagai sumber tempatan dan global telah membuktikan bahawa internet dan khasnya peranti mudah alih adalah medium menarik yang bakal merancakkan lagi kemudahan dunia pencarian hartanah,” katanya. -hmetro

Muat turun Aplikasi PropertyGuru

Muat turun aplikasi PropertyGuru untuk IOS disini & untuk Android disini.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?