KUALA LUMPUR: Berita Harian Online membuka tirai 2012 dengan pencapaian membanggakan apabila laman rangkaian sosial Facebook portal beritanya mencatatkan jumlah pengikut melebihi setengah juta
| [adsenseyu6] | ![]() |
Sehingga semalam, pendaftaran terkini pengikut Facebook Berita Harian Online mencecah 501,470 selepas dilancarkan pada November 2009.
Tahun lalu, di bawah unit media baru Berita Harian (BH), produk berinovasi dan lebih interaktif bagi platform tablet diperkenalkan menerusi jenama iBH. Bagi memastikan pengikut Facebook Berita Harian Online berpeluang mengenali dengan lebih dekat iBH, paparan muka depan bagi setiap segmen dilampirkan pada malam Khamis.
Kini facebook juga menjadi penghubung antara pembaca dengan Berita Harian dalam usaha memperkenalkan paparan berita berkonsepkan majalah digital mingguan yang diketengahkan menerusi iBH.
Ia juga menjadi platform utama bagi mewawarkan kelainan berita yang disiarkan, berbanding akhbar harian serta laman web utama. Selain itu, Facebook Berita Harian Online turut menjadi pautan kepada facebook segmen BH lain seperti unit Joran dan Sukan, khususnya bola sepak.
Bagi 2012, buat julung kalinya Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-25 (ABPBH Ke-25) menggunakan Facebook Berita Harian Online sebagai pautan utama bagi tujuan pengundian serta pautan maklumat.
Sementara itu, dari segi jantina pengikut Facebook Berita Harian Online, pembaca lelaki mencatatkan 56 peratus berbanding wanita 44 peratus, manakala usia antara 18 hingga 24 tahun bagi lelaki dan wanita masing-masing mencatatkan pecahan tertinggi, iaitu 21 peratus dan 17 peratus. -bharian
