Pengunjung KB Mall hari ini menyerbu Pameran Pikom PC Fair 2011 yang diadakan di KB Mall Kota Bahru. Ini ditambah lagi dengan Cuti Sekolah sempena Deepavali dan cuti hujung minggu. Pengunjung juga dijangka bertambah apabila program Jom Heboh juga akan bermula esok di Stadium Sultan Muhamad ke-IV.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Perlbagai tawaran menarik disediakan kepada pengunjung Pikom PC fair 2011 terutamanya laptop yang didatangkan dengan hadiah istimewa. Selain laptop pameran kali ini dipenuhi dengan pakej broadband dari maxis, celcom, streamyx dan P1. Terdapat juga beberapa kedai yang menawarkan produk fotografi kepada pengunjung seperti kamera compact dan DSLR.
Cabutan bertuah juga diberikan kepada pengunjung sepanjang pameran ini berlansung, jadi kepada mereka diluar sana yang belum mengunjunginya, ambillah masa untuk mengunjungi Pikom PC Fair yang terakhir untuk tahun ini.
Gambar-gambar sekitar Pikom PC Fair 2011 di KB Mall Kota Bharu



