Kuala Lumpur: Telekom Malaysia Bhd (TM) memperkenalkan dua pakej UniFi BIZ baru dengan kelajuan akses data tertinggi di negara ini, iaitu BIZ50 (50Mbps) dan BIZ30 (30Mbps), khusus untuk pengusaha perniagaan tempatan. 

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] pakej unifi

Serentak dengan pelancaran itu, TM turut melancarkan perkhidmatan tambahan Televisyen Protokol Internet (IPTV) kepada pelanggan pakej UniFi BIZ sedia adanya. PKS kini dapat memaksimumkan perkhidmatan menerusi rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi dan meraih peluang meningkatkan jualan serta akses memasarkan produk,” Azizi A Hadi, Naib Presiden Eksekutif SME TM

Naib Presiden Eksekutif SME TM, Azizi A Hadi, berkata penambahbaikan dan pengenalan baru dalam pakej UniFi BIZ itu akan melengkapkan perkhidmatan yang ditawarkan TM untuk segmen itu meliputi suara, internet dan IPTV berbanding kini hanya suara dan internet.

Fokus pelanggan sedia ada

Katanya, ia difokuskan kepada pelanggan sedia adanya dengan sasaran 10 peratus daripada pelanggan UniFi BIZ akan menaik taraf pakej mereka dengan melanggan IPTV dalam tempoh setahun.

“Pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan kini bukan saja boleh menikmati kapasiti data tanpa had dan kadar panggilan terendah, tetapi juga dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka menerusi penyediaan IPTV di ruangan menunggu atau kedai makan.

“Ini perkembangan baru dalam dunia perniagaan. PKS kini dapat memaksimumkan perkhidmatan menerusi rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi dan meraih peluang meningkatkan jualan serta akses memasarkan produk,” katanya kepada media selepas pelancaran perkhidmatan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Pakej UniFi baru

Dua pakej baru UniFi BIZ50 (50Mbps) ditawarkan pada harga RM899 sebulan manakala dan BIZ30 (30Mbps) pula pada RM599 sebulan. Ketika ini, perkhidmatan IPTV yang ditawarkan TM meliputi 51 saluran, tiga saluran tambahan sukan, 11 saluran interaktif dan 18 saluran berdefinisi tinggi (HD).

Sementara itu, Azizi berkata, TM yakin jumlah pelanggan PKS yang menggunakan produk syarikat itu akan meningkat melebihi 500,000 menjelang akhir tahun ini. Katanya, ketika ini jumlah pelanggan PKS TM mencecah 498,000 dengan 72,000 daripadanya adalah pelanggan UniFi BIZ.

“Setakat ini, kami sudah pun mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini, prestasi selebihnya akan diumumkan tidak lama lagi. “Sumbangan produk PKS kepada pendapatan kumpulan adalah sekitar 20 peratus setiap tahun dan kami harap dapat mengukuhkannya menerusi langkah memperkenalkan lebih banyak produk yang memenuhi permintaan dan keperluan PKS,” katanya. -bharian

Unifi di Kelantan

Untuk pengetahuan pelawat, perkhidmatan UniFi masih tidak terdapat di Kelantan! Dijangkakan perkhidmatan ini akan dibawa masuk pada tahun 2013.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?