70 laman web jual barang palsu berjenama disita
WASHINGTON: Pihak berkuasa menyita 70 laman web yang disyaki menjual barangan palsu menggunakan jenama mewah seperti Louis Vuitton, Tiffany atau Burberry dan logo sukan seperti NFL dan MLB, kata polis semalam.
[adsenseyu6] |
Penyitaan itu yang dibuat di bawah lima waran berasingan di mahkamah negara ini adalah tindakan terbaru Projek Copy Cat, usaha pejabat Jabatan Dalam Negeri Keselamatan Imigresen dan Kastam AS (ICE).
Laman web hampir sama dengan web asal
Pengarah ICE, John Morton memberitahu media rampasan terbaru itu, termasuk beberapa operasi canggih yang mereka laman web yang kelihatan hampir sama dengan laman web barangan asli.
“Ia adalah laman tiruan dengan usaha yang canggih untuk menirunya seperti laman yang asli.
“Ia bukan menawarkan orang ramai untuk membeli dengan harga murah, tetapi dengan harga penuh atau harga asal,” katanya. Sesetengah laman juga menggunakan sijil SSL (lapisan soket keselamatan) palsu yang mendorong pelanggan percaya kad kredit mereka dilindungi, kata pihak berkuasa. “Ia membolehkan mereka percaya maklumat kewangan mereka dilindungi tetapi logo itu juga palsu,” kata jurucakap ICE, Justin Cole. – AFP
Written by admin
ejoe akman adalah founder ejoeSolutions. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pembangunan web & pembangunan sistem online menggunakan PHP & MySQL.
You might also like
- Peserta PKS digalak bangun laman web
- Bentuk sistem mentor mentee galak guna laman web
- Backup Website WordPress dengan Dropbox
- Laman sesawang presiden digodam