GUA MUSANG 26 Okt — Gua Musang menjadi jajahan pertama di Kelantan menerima perkhidmatan melayari internet tanpa wayar secara percuma melalui program Kampung Wifi melibatkan 30 buah kampung dalam jajahan itu.
Kira-kira 2,000 kampung di seluruh negara bakal memperolehi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar dalam program kampung wifi pada tahun ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.