CLIXSTER Mobile Sdn Bhd kini menawarkan 100,000 unit telefon percuma sehingga bulan depan menerusi rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB). Promosi yang telah dimulakan sejak minggu lalu bertujuan menarik generasi muda yang layak memohon pakej itu untuk menebus telefon pintar memandangkan masih terdapat 500,000 unit telefon daripada jumlah keseluruhan 1.5 juta belum ditebus.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500. SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam lamanwebnya: