KELANTAN mengukir satu lagi sejarah dalam arena bola sepak tempatan apabila berjaya menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjulang Piala FA buat kali pertama, setelah menewaskan pasukan berstatus kelab, Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
KOTA BHARU, 13 Mei : Kelantan mengisytiharkan ahad, 20 Mei adalah cuti peristiwa sempena perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara pasukan negeri itu dengan pasukan Sime Darby pada 19 Mei ini.