BARCELONA 28 Feb. – Pembangun dan pembekal aplikasi dunia perlu lebih telus dalam mengumpul maklumat peribadi daripada pengguna, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata, dalam menerima pakai teknologi komunikasi maklumat (ICT), para pengguna perlu sedar mengenai tujuan mengumpul data peribadi dan perlunya data sedemikian dilindungi.
Celcom Axiata Bhd (Celcom) bekerjasama bersama Nokia (M) Sdn Bhd dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) bagi memberi peluang kepada pembangun aplikasi di seluruh negara untuk mengkomersialkan kreativiti melalui Cabaran Nokia S40.