KUALA LUMPUR: Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah diceroboh oleh beberapa penggodam tengah malam tadi, berjaya dipulihkan oleh pengendalinya kira-kira jam 3.45 pagi tadi. Laman berkenaan berjaya dipulihkan selepas ia ditutup selama kira-kira setengah jam.
Laman Web FAM Persatuan Bolasepak Malaysia telah dihack sebentar tadi mugkin disebabkan penyokong bolasepak Malaysia yang tidak berpuas hati dengan harga tiket final Piala Malaysia yang dianggap mahal. Ini ditambah pula dengan pihak FAM yang tidak menghiraukan permintaan peminat bolasepak terutamanya penyokong Negeri Sembilan & Terengganu untuk menurunkan harga tiket.